Tips Bisnes Homestay Berjaya 58 & 59 ( dari FB Jom Bisnes Homestay)

Tips Homestay Berjaya 58 
Iklan hadapan homestay! 

Pada hujung minggu yang lepas, JBH bersama keluarga menginap di sebuah homestay Kuala Trengganu. 

Tuan homestay sungguh peramah. JBH amat teruja dan banyak bertanya pada owner tersebut.
Terlalu banyak soalan. Tuan, berapa homestay ada dekat kawasan sini. 

Tanya JBH. Oooo..banyak. Selang 3 buah rumah dari sini, ada 3 buah. Jawab beliau. Saya tak nampak pun sebarang iklan atau banner di hadapan rumah? 

Oh. Memang kami tak buat sebab risau 'pencuri' mengambil kesempatan. Juga untuk mengelak orang bangla menyewa homestay. Haip. Ramai ke bangla kat sini. 

Ramai sangat! Ini kisah minggu lepas. Sebelum ini , dalam dunia maya, group wasep homestay bandar putra pernah berbincang hal ini. Tetapi dengan isu yang lain. Kata seorang rakan, jika letak iklan di depan homestay, nanti tarif elektrik TNB tukar guna tarif komesial. Betul ke ni? JBH pun tak pasti. Jika anda ada info tentang ini, tolong beri komen ye.
 Sekian.



Tips Bisnes Berjaya 59
Cara layan pelanggan yang cerewet!
Hello Woha Homestay.
Ya saya encik. Boleh kami bantu.
Hari ni, ada kosong lagi tak encik?
Ya! Hari ni, masih kosong.
Berapa rate semalam?
Rm 140 sahaja.
Owww..ok..
Boleh tengok dulu rumah tak encik?
Erk..nak masuk hari ni pun masih nak tengok rumah. ( Rungut dalam hati Encik Woha Homestay)
Macam ni encik, saya ni duduk jauh. Saya upah pengurus untuk jaga homestay tu. Bagi masa sikit, saya nak call dia untuk confirm dia free tak sekarang.
Baiklah. Saya tunggu panggilan encik. Pelanggan tu terus letak telefon.
Encik Woha homestay tanpa buang masa, terus dail satu nombor.
Toot...toot...
Hello Lie, boleh cakap tak sekarang?
Oo..kau Dan, apa hal. Salam pun tak sempat bagi.
Gulp...tersentap kejap kena smashed. Maaf lie. Nak cepat tadi. Ni aku nak tanya engkau ni, pernah tak customer nak tengok rumah dulu sebelum nak sewa.
Haip...tak pernah pulak sepanjang aku buat bisnes ni. Sekali sekala tu ada kalau customer yang cerewet. Tapi aku tak pernah layan dan bagi kata dua je. Nak atau tidak.
Bunyi macam kasar dan keras tetapi kita perlu buat. Tapi kena tanggunglah akibatnya. Dengan tegas En Lie terang pada En Dan.
Habis tu macam mana ni?, apa aku nak kaborkan pada customer tu.
Ok. Aku ajar kau ye..
Kau cakap je macam ni..
.....
.....
.....
Oh...rupanya En Homestay Woha menelefon tuan penasihat 25 persen!
Selepas mendapat nasihat dan tips daripada Tuan Penasihat 25 persen, beliau pun terus menghubungi pelanggan tadi.
Hello, En Daud, saya ni..Woha Homestay.
Ok, macam ni encik. Pengurus saya di luar kawasan! Boleh ke tak saya hantar gambor homestay sahaja.
Ooooo, tak boleh tengok ye...
senyap seketika.......
Macam ni ajelah encik, homestay saya tu rrumah teres 3 bilik biase sahaja encik. Tidak lah mewah sangat dan selesa berbanding dengan hotel 5 star.
Kalau encik tak nak pun tidak mengapa.
Encik Woha homestay merendah diri dan berterus terang.
Ok, Ok Encik. Saya ambik homestay ni.
Begitulah kisah asam garam pengusaha homestay. En Woha Homestay atau En Dan adalah pengusaha baru di Kemaman Terengganu. Beliau mengusahakan homestay selepas sesi coaching dari Jom Bisnes Homestay.
Sekian. Semoga bermanfaat.

Comments