Tips Homestay Berjaya 110

Pasang Surut!
Lumrah perniagaan ada pasang dan surutnya. Sebagai contohnya pada minggu ini, agak lenggang sedikit. Panggillan masuk untuk tempahan minggu ini kurang sedikit berbanding pertanyaan untuk 25 November 16. Seawal bulan lepas sudah ada permintaan pada tarikh tersebut.
JBH macamana?
Alhamdulillah penuh untuk weekend ini.
Semalam pun masih ada yang bertanya untuk minggu ini. Namun homestay cuma ada satu sahaja. Seperti biasa akan forward kepada rakan-rakan.
Maklum balas dari rakan, untuk 'closing' pun mereka ambik masa sedikit.
Kenapa ya?
Biasanya kalau terdesak, mereka terus ambik. Mungkin ada faktor lain samada kadar harga semalam atau mereka mohon check out lambat sedikit..
Kalau trending tempahan agak slow, setiap panggilan yang masuk kita kena 'grab' terus.
Jika pelanggan mintak diskaun terus bagi. Jangan teragak-agak. Kenapa?
Homestay lain pun mungkin akan guna strategi yang sama.
Best Man Wins.
Ha..ha...
Pagi tadi, rakan JBH dari Parit Raja telefon. Beliau ada dua homestay. Satu di Bandar Muar dan lagi satu di Pagoh.
Kalau tidak silap, awal sebulan dua sahaja. JBH yang buka homestay dulu.
Rakan karib juga, mengenali beliau dari zaman belajar lagi.
Telefon tanya khabar. Tanya keputusan UPSR anak.
Tapi sebenarnya, anak JBH UPSR tahun lepas. Mungkin tersalah info kerana di grup wasep hot berbincang pasal pencapaian anak masing-masing.
Maklumlah guna format baru, 6A.
Biasalah sekarang ni kan zaman media sosial. Semua benda ingin berkongsi dengan rakan-rakan.
Ibubapa pula stress, jika results anak tidak berapa bagus. Semua orang kejar A's.
Tetapi sebagai ibubapa kita lebih mengenali anak kita kan. Paling penting usaha mereka itu. Jika sudah berusaha tapi masih keputusan tidak bagus, usaha lagi. Jangan mudah give up.
Pada masa sama, cuba cungkil bakat anak kita.
Perjalanan masih jauh dan panjang....
Banyak peperiksaan lagi yang mereka perlu tempuhi.
Hmmmmm...
Selain itu sempat juga berbincang pasal bisnes homestay. Kata beliau, agak slow sikit seminggu dua ini.
Biasalah dunia bisnes, ada pasang surutnya. Tambah JBH.
Langit tidak selalu cerah! Dan awan mendung akan berlalu pergi.
Seperti panel solar, di kala matahari terang, panas terik keluaran tenaga elektrik pun tinggi. Tetapi tika hari mendung, tenaga eletrik berkurangan.
Begitulah juga bisnes homestay, events kurang maka kuranglah pelanggan.
Mungkin fenomena tengah bulan kot!!!!
Ha..ha...
Beliau mengadu, penghawa dingin di Pagoh baru rosak. Belum dua tahun sudah rosak. Ada berlaku kebocoron katanya.
Brand Sharp. Warranty sudah habis. Pesan beliau, kalau nak beli aircond, jangan beli brand yang jual perbagai produk. Contohnya Sharp. Macam-macam dia buat, TV, Peti Ais , Mesin Basuh dan sebagainya. Kadang-kadang tu, spare part pun susah dapat. Terutama jika model sudah discontinued.
JBH cuma dengar dan mengiakan aje.
Cuba jadi pendengar yang setia.
Yang baru saya beli jenis Daikin. Dahulu dikenali dengan York. Brand ini memang khas untuk aircond.
Tokok beliau lagi.
Sebagai bekas Jurutera yang terlibat dengan manufacturing, JBH akui benar sekali luahan dan keluhan beliau itu.
Homestay JBH guna Daikin. Jadi ok lah kan...He..He..
Selepas cerita homestay, tak semena-mena rakan JBH tadi bertanya...
Kamu pernah dengar passive income?
Pernah. Jawab JBH.
Apa dia?
Macam kita melabur dalam Unit Thrust, ASB dan sebagainya tu.
Oooo...bukan yang itu....
Habis yang mana...? Tanya JBH penuh teruja...
Tiba-tiba...isteri JBH ajak bersarapan...
Terus JBH potong, kita bincang di wasep boleh.
OK.
p/s Semalam dan hari ini JBH MC. Tahniah kepada anak2 yang berjaya cemerlang dalam UPSR 2016.
Semoga bertemu lagi.
Wassalam.

Petikan asal : FB Jom Bisnes Homestay

#Boleh share jika bermanfaat.


Comments