Tips bisnes homestay berjaya 172

Fully Aircond!
Sebagai pelanggan kita ingin yang terbaik bagi setiap sen yang kita belanjakan.

Kadang kala kami pengusaha homestay menerima inquiry dari pelanggan yang terlalu demanding.

Mereka ingin servis yang tip top dengan harga yang murah.

Mereka mencari homestay yang menyediakan semua bilik ada penghawa dingin.

Perkhidmatan Wifi dan siaran Astro.

Astro full channel ke tuan?

Ha..ha..ini dah lebih ni.

Tidak dinafikan semua itu akan memberi value added kepada homestay kita lebih-lebih lagi jika terlalu banyak saingan.

Amat berbaloi untuk melabur jika lokasi homestay kita berada di lokasi yang panas dan banyak permintaan.
Bukan setakat di hujung minggu tetapi pada hari-hari biasa pun banyak permintaan.

Secara terus terang, Jbh jarang dapat permintaan sebegini.

Sekali sekala ada lah.

Tempoh hari, dapat satu prospek minta homestay semua bilik berhawa dingin.
Minta maaf ya puan, homestay kami hanya bilik utama sahaja berhawa dingin.

Lantas Jbh kongsikan senarai homestay di Bandar Putra Kulai Johor.

Macam biasa forward nombor beliau pada grup wasep kami.

Hmmm..
Macam-macam maklum balas dari rakan-rakan.

Malangnya tiada seorang pun dari kami yang dapat memenuhi permintaan tersebut.

High taste!

Ramai rakan Jbh yang beliau hubungi!

So apa cerita?

Dah lah nak semua bilik berhawa dingin tetapi ingin kadar yang murah.

Hu..hu..hu..

Rancak komen dari rakan-rakan.

Buang masa, rungut rakan-rakan.

Nasib baiklah ada seorang rakan yang meredakan keadaan.

Beliau passing nombor hotel bajet yang ada di Kulai kepada prospek.

Memang win kan...

Nak semua bilik berhawa dingin, boleh sewa hotel!

Push stop!

Inilah ragam pelanggan yang kita akan hadapi.

Sebagai pengusaha, kita perlu set fokus pelanggan yang seperti mana target kita ketika set up homestay.

Pelanggan seperti ini biasanya kurang dari 20 peratus.

Kebanyakkan ada sebilik berhawa dingin pun sudah memadai.

Ada juga yang langsung tidak kisah walaupun tiada bilik berhawa dingin. Kipas semua bilik pun dah ok.

He..he..

Mereka mencari,  homestay yang  murah dan tawar harga patut.

Jbh dahulu buka homestay tiada penghawa dingin pun.
Sebab masih tidak pasti market macam mana?

Selepas operasi sebulan, barulah pasang se unit penghawa dingin di bilik utama.
Sehingga lah sekarang.

Penghawa dingin untuk bilik kedua?

Setakat ini biarlah dahulu...

Ada dalam senarai perancangan. Masih monitor trend homestay..
2018..mungkin ya atau mungkin tidak..

Tiba-tiba teringat kepada seorang rakan, beliau bisnes homestay di Muar. Rumah teres 2 tingkat 4 bilik, semua bilik pasang penghawa dingin. Kadar semalam Rm 320. Kos eletrik sebulan Rm 200 +++.

He..he..
Apa pun, Jbh mendoakan yang terbaik untuk anda semua.

Salam hari Jumaat.

Wassalam.

#tipsbisneshomestay
#jombisneshomestay
#homestayatiqahkulai
#homestaymedinakuantan

Comments