Tips bisnes homestay berjaya 193: Vacum Cleaner!

Tips bisnes homestay berjaya 193
Vacum Cleaner!


Tengah ralit menonton tv bersama isteri dan anak-anak, tiba-tiba mesej wasep masuk...
Zasssssssshhhhh..
Tandanya wasep personal.
Wasep dari pengurus.
"Akmal, vacuum cleaner yang lama tu dah rosak. Agak susah untuk buat house keeping. Rambut halus banyak. Cuba tengok di Lazada, Shoppee atau GoShop vacuum cleaner jenis handsheld. Mudah kendali kerana ringan".
Jbh cuma balas..
" Insyaallah".
Kisah ini pada sebulan yang lalu.
Seminggu yang lalu, Jbh pulang ke Kulai atas urusan kerja hakiki. Alang-alang berada di kampung, terus ambik cuti. Maklumlah sudah hujung tahun, habiskanlah cuti tahunan yang masih berbaki lagi sehari dua.
Jbh ambik kesempatan yang ada untuk buat major house keeping.
Buang sawang dan habuk terutama pada siling dan kipas.
Habuk banyak terperangkap di celah-celah bingkai tingkap.
Tak kurang juga bawah katil dan sofa.
Sememangnya, susah sikit tiada vacuum cleaner ni..
Hmmm...
Terkena batang hidung sendiri, barulah terasa beb...
Hu..hu..
Sambil menyapu habuk-habuk dan sawang diatas lantai, Jbh mengimbau kembali perbincangan di FB grup homestay Malaysia. Seorang ahli bertanyakkan jenis vacuum yang sesuai digunakan di homestay.
Ramai ahli lain yang reply.
Terlalu banyak points sebenarnya tetapi Jbh sudah lupa.
Point yang Jbh masih ingat adalah sila guna jenis "bagless".
Selepas buat major house keeping, keluar servey vacuum cleaner.
Pertama ke Giant. Jenis bagless tiada stock. Jenis yang guna beg ini, leceh sikit. Kena sentiasa tukar atau basuh.
Hajat di hati hendak beli yang ada brand sedikit.
Maksudnya brand yang selalu kita dengar.
Sharp atau Panasonic!
Jika hendak beli vacuum cleaner kebiasaanya kita akan lihat kadar "sucking".
Ianya bergantung kepada capacity motor.
Berapa Watt...
Makin tinggi Watt, maka kuasa sedutan adalah lebih tinggi.
Harga pun akan mahal lah juga.
Selain dari itu, bekas atau cointaner perangkap habuk mudah untuk buka pun mesti di ambik kira.
Kebanyakkan model terkini sudah mesra pelanggan.
Sudah ku jajah beberapa kedai tetapi masih belum bertemu yang bekenan di hati.
Singgah di sebuah premis, jurujual promote jenama electrolux.
Encik, jenama ni memang sudah lama untuk vacuum cleaner.
1800 Watt dengan harga Rm370.
Janama continental ni encik. Memang bagus untuk vacuum cleaner.
Jbh hanya tersengih!
Cari punya cari..hampeh..semua tidak berkenan.
Selama di Kulai, vacuum cleaner masih tidak terbeli.
Hmm..
Pulang ke Kuantan..survey di online pulak.
Lazada, Shopee dan 11Street..
Akhirnya terjumpa yang murah..
Ha..ha..
Rasa nak cuba beli..
Baca review dulu..
Not bad..
Semua cakap Good value for money.
Sekadar guna di homestay ok kot...cuba sedapkan hati.
Terus order!
Dua tiga hari barang sampai.
Terus uji...guna di rumah sendiri dahulu selama seminggu.
Isteri dan anak pun suka. Mudah nak kendali..ringan sangat.
Bunyi pun tidak lah bising sangat..
Pendapat Jbh jika tahan setahun dua pun dah berbaloi dengan harga beli tu.
Hari ini bawa vacuum cleaner bersama balik ke Kulai.
Hujung minggu ni ada kerja di Kulai. Kali ini tidak bawa famili bersama.
Bermusafir berdua dengan seorang rakan.
Penginapan pun cari hotel murah sahaja. Homestay sendiri sudah penuh di booked untuk hujung minggu ini. Alhamdulillah.



Comments