Tips homestay berjaya 138

Sewa Siang Hari!
Kelebihan homestay berbanding dengan hotel adalah bebas rundingan.
Maksudnya homestay tidak terikat dengan peraturan yang tetap.Contohnya pelanggan boleh masuk bila-bila masa sahaja jika homestay available dan owner sanggup menyewakannya.
Seorang rakan pernah mengambil sewaan dari seorang pelanggan yang menyewa siang hari sahaja. Menumpang tidur sebelum naik chopper ke pelantar minyak.
Seorang rakan lagi mengambil tempahan separuh hari sahaja kerana mereka menumpang untuk berehat dan mandi manda. Mereka baru balik dari menziarahi rakan naik pelamin.
Caj yang di kenakan Rm 50 untuk 4 jam.
Jbh setakat ini tidak pernah mengambil tempahan sebegitu tetapi pernah menerima pertanyaan yang sebegini.
Bagi Jbh memang tidak keberatan untuk mengambilnya jika di hari-hari biasa iaitu Isnin hingga Khamis.
Hujung minggu agak sukar sedikit.
Buat pelanggan, kena juga memahami. Lazimnya hujung minggu adalah hari puncak kami. Pendapatan adalah dihujung minggu. Di tengah minggu adalah bonus bagi kami.
Jadi jika ingin menyewa dari seawal jam 7 pagi dan sehingga jam 12 malam tidak usahlah tawar menawar lagi. Bayarlah mengikut harga semalaman. Janganlah buat kiraan mengikut jam.
Kenapa?
Ingin Jbh jelaskan, jika kes sebegini kami tidak bisa untuk mengambil tempahan hari Jumaat malam dan hari Sabtu Malam. Kebanyakkan pelanggan akan check in dari jam 2/3 ptg dan check out jam 12 tengah hari.
Jika ambil tempahan siang sahaja dan menggunakan kadar rm 10 sejam bermakna pendapatan hujung minggu tersebut hanya Rm 120 sahaja.
Kami terpaksa menolak 2 malam dan jika kadar semalam Rm 200 jadi bererti akan kerugian sebanyak Rm 280.
Oleh itu jika kita ingin win-win, tidak perlulah minta harga mengikut jam atau diskaun. Bayarlah mengikut kadar semalam.
Boleh faham kan, kadang kala kita sebagai pelanggan jangan fikir untung kita sahaja, sama-sama lah kita membantu.
Jbh teringat peristiwa minggu lepas, hujung minggu hari Sabtu. Menghadiri jemputan perkahwinan seorang rakan setaman di Cenderawasih. Beliau menyewa satu homestay sebagai tempat bersanggar.
Tidak kesah sedikit pun beliau membayar harga kadar biasa.
Mungkin amat memahami tentang bisnes homestay ini.
Petang sudah check out..
Hmm...
Baik. Kat mana kita tadi..
Kalau nak mudah jika ada pertanyaan sebegini cakap aje sudah ' FULL'.
Ha..ha..
Tetapi kita ni kan mudah kesian pada orang, ingin juga tolong..
Cuma kita harap biarlah Win-Win.
Kenapa eh..parking di East Coast Mall penuh semua ni..
Aduhai..

Nukilan asal oleh FB Jom Bisnes Homestay


Comments