Tips Homestay Berjaya 158

Mancing di Sungai Siber!
Tuan minat memancing?
Hobi memancing perlukan kesabaran yang tinggi.
Jbh pun kurang arif bab memancing. Nak komen lebih-lebih takut tersilap.
Kalau pancing siber boleh lah...
Ha..ha..
Hujung minggu yang lepas, Jbh ambik kesempatan untuk update blog. Kemas kini apa yang patut. Buat satu dua posting di blog dan Google plus. Hampir separuh hari juga lah.
Selepas update, terus share di FB.
Selepas solat zohor, lelapkan mata sekajap. Sedang nyenyak tidur, tiba-tiba anak kejutkan.
Ayah ada telefon.
Encik Akmal ke..jauh aje kedengaran. Ya saya tuan.
Saya Ziman, tuan ada homestay di Bandar Putra kan? Ya tuan.
Berapa ya kadar semalam?
Kadar biasa Rm 180 tuan.
Dia terdiam sekejap. Saya tengah cari homestay untuk rakan pada hari Rabu depan.
Masih kosong ke tuan?
Ya. Masih kosong.
Diam sekejap.
Berapa orang tuan yang hendak menginap?
Mereka bertiga tuan. Ingin transit ke Airport Senai. Dekat kan dengan airport?
Dekat tuan. Boleh lalu jalan belakang!
Jbh terus matikan harga. Jika tuan berminat dan serius saya bagi Rm 150 semalam.
Opps..saya baru nak mintak diskaun. Ok tuan, sekejap lagi saya hubungi lagi.
Dia menamatkan perbualan kami.
Kurang 10 minit, En Ziman menelefon semula mengatakanjadi untuk booking homestay pada hari Rabu depan.
Ok. Terima kasih tuan. Nanti saya hantar info di wasep ya.
Nampaknya, pancing dah terkena umpan! Bisik Jbh.
Sebelah petang, isteri menganjak ke bandar Kuantan. Ingin membeli barang-barang sedikit.
Selesai membeli belah, lebih kurang jam 6 petang.
Peh lama juga ya...
Sambil menunggu isteri shoping, Jbh mencari tempat makan malam yang sedap.
Bagi dua tiga pilihan kepada isteri dan anak. Akhirnya mereka memilih untuk makan Steamboat pada petang itu.
Tanpa banyak soal, kami terus ke sana. Jaraknya cuma 300 meter dari tempat shoping.
Pasar Raya Coboy ke Steamboat Angah Kg Tengah Kuantan.
Kedai Steamboat Angah ini biasa-biasa sahaja. Cuma pembakarnya guna 100% arang.
Rata-rata hidangan di kedai atau restoran Steamboat adalah sama.
Sempat solat Asar dan Magrib di sana.
Kami makan hingga puas!
Dekat Magrib, hujan ribut sekejap.
Jbh ambik kesempatan untuk berdoa.
Berdoa berikan kesihatan yang baik. Dan beri kejayaan di dunia dan akhirat. Sempat berdoa juga murahkan rezeki kami sekeluarga.
Selesai makan, kami ke sebuah bank untuk membayar ansuran bulanan pinjaman rumah.
Alhamdulillah. Settle bayar hutang.


http://homestaymuslimkulai.blogspot.my/
Mancing di Sungai Siber

Sebaik keluar dari pintu bank, terpandang seorang pakcik tua duduk betul-betul berhadapan pintu.
Dia cuma duduk dan memandang setiap orang keluar.
Di sisi dia ada dua karung plastik beg. Jbh meneka, pakcik ni dalam lingkungan 70 an. Jbh menghampiri dia dan bertanya.
Jual apa pakcik?
Ni hah, ada keropok segera dan keropok kering.
Terbayang di rumah masih ada 3 bungkus keropok keping yang masih tidak bergoreng.
Entah kenapa terasa kesian sangat kepada pakcik ni.
Jbh bertanya datang dari mana? Menziarah anak atau saudara mara ke?
Tiada sesiapa pun di sini, pakcik datang dengan kawan-kawan. Keluar dari kampung untuk cari makan nak...
Oooo..Jbh anguk-anguk.
Jual macamana keropok segera ni pakcik?
Satu pack Rm 3 nak!
Pada perkiraan Jbh, harga jualan lebih dari biasa.
Jbh teringat kata-kata arwah ibu, tidak salah beli barang dengan harga mahal sedikit, niat untuk membantu dan sedekah.
Tanpa banyak soal lagi, Jbh membeli 2,3 packg!
Kelihatan raut muka kegembiraan di wajah pakcik penjual keropok.
Setiba di kereta, isteri bertanya kenapa dengan pakcik itu?
Tiada apa-apa, dia menjual keropok ni ha..sambil tangan Jbh keluarkan dari plastik.
Kami terus beredar, menuju pulang ke rumah.
Dalam perjalanan, tiba-tiba telefon berdering..
En Akmal Homestay Atiqah di Kulai ke?
Ya. Saya!
Nampaknya umpan pancing kena lagi malam ni.
Alhamdulillah.
Itulah betapa besar kelebihan usaha, doa dan sedeqah.
InsyaAllah kita akan dikurniakan rezeki yang berganda-ganda.
Apa yang pasti, amat berbaloi menunggu pelanggan check in sehingga 1 pagi.
Semoga perkongsian memberi manfaat untuk semua.
Sekian. Wassalam.


Mencari homestay di Kulai, Johor terutama Bandar Putra boleh hubungi kami :

http://homestaymuslimkulai.blogspot.my/
atau 
www.wasap.my/60197941308


Terima Kasih.



Comments