Tips Bisnes Homestay Berjaya 60

Isi kandungan blog !
Baru-baru ni seorang rakan JBH telah berjaya memulakan perniagaan homestay di Kemaman. Minggu ini adalah minggu ke 2 homestay beliau beroperasi. Beliau menawarkan perkhidmatan rumah tamu iaitu rumah teres dengan 3 bilik tidur dan 2 tandas. ( 3B + 2T).
Rumah homestay beliau adalah biasa sahaja iaitu rumah masih dalam keadaan asal ( tanpa modifikasi di buat). Lantai dalam rumah masih bersimen ( bukan guna tiles) dan menggunakan alas tikar getah sahaja. Kadar cuma RM 140/semalam.
Setakat hari ini, beliau telah menerima tempahan 5 hari. JBH rasa, not bad bagi homestay yang baru. Satu perkembangan yang sihat.
Apa yang membanggakan JBH adalah beliau membuka homestay setelah menerima 'coaching' tidak langsung dari JBH melalui perbualan harian dan pembacaan page ni Jom bisnes homestay.
[Nota : Jika anda mempunyai rumah sewa seperti di atas, mungkin anda boleh fikir- fikirkan untuk mengubah ke homestay]
Sebenarnya, cerita di atas adalah untuk memotivasikan kita saja dan semata-mata selingan sebelum JBH berbicara topik utama.
Ok. Come back to our topic.
Sepertimana tips yang lepas, buat blog adalah kemestian. Blog adalah internent marketing yang "powerful".
Persoalannya adalah apa isi kandungan blog yang perlu ada?
Pada permerhatian JBH, setengah blog mudah dan ringkas sahaja. Mereka cuma ada satu 'page' sahaja iaitu 'Home page'.
Pada Home Page apa yang selalu mereka letak :
1. Kemudahan yang di sediakan (serta gambar-gambar)
2. Kawasan Berdekatan/ Tarikan
3. Kadar Sewa
4. Alamat Homestay
5. No Contact
6. Peta
7. Ruang Sembang ( Optional)
8. Pautan ke Blog lain ( Optional)
Kesemua perkara itu di letakan pada page.
Tetapi untuk blog JBH pula, saya asingkan kepada page tertentu mengikut isi kandungan. Contohnya :
1. Page1 : Home ( Halaman Utama)
2. Page 2 : Info ( Maklumat kemudahan yang di tawarkan)
3. Page 3 : Galeri Gambar ( Gambar2 kemudahan yang ada)
4. Page 4 : Terma dan Syarat
5. Page 5 : Kadar Bayaran
6. Page 6 : Lokasi
7. Page 7 : Tempat Menarik
8. Page 8 : Makanan Setempat
9. Page 9 : Jadual Tempahan
10. Page 10 : Borang Tempahan
11.Page 11 : Hubungi Kami
Kenapa JBH buat mengikut page?
Page 1 atau home akan memaparkan posting yang terkini. Pada perkiraan berdasarkan pembacaan JBH, kita perlu membuat posting supaya menaikan aliran trafik ke blog kita. JBH pernah menceritakan perkara ini pada tips ynag lepas.

Page 2, 3, 4, 6 adalah perkara common. Dan JBH suka di buat berasingan supaya mudah untuk access. Tidak perlu scroll ke bawah lama-lama.
Page 4 : Terma dan syarat
JBH rasakan perlu 'enforce' kan sesuatu untuk mengelak perkara yang tidak di ingini berlaku di homestay.
Page 5 : Kadar bayaran
Untuk memudahkan JBH update kadar harga semalam. Biasanya JBH update di google drive tanpa perlu ke blog. Jimat masa.
Page 7 dan 8 adalah sebagai promosi dan menarik pelanggan.
Setakat ni, ramai daripada pelanggan JBH datang menginap di homestay semata-mata ingin ke Legoland, JPO dan makan nasi lemak Wak Kentut!
Page 9 dan 10 : Jadual dan Borang Tempahan
Pada pemikiran JBH, sepatutnya pelanggan melihat jadual tempahan dahulu sebelum membuat enquiry. Tetapi most of the cases perkara ini tidak berlaku.
Setakat ini tiada pun customer yang mengisi Borang Tempahan Online yang di sediakan.
Page 11 : Hubungi Kami
Ini adalah info yang paling penting sekali. Kebanyakan pelanggan melayari internet hanya untuk mendapatkan contact kita sahaja. Jadi pastikan pada setiap page mempunyai nombor telefon anda.
Jika anda bertanya yang mana lebih baik, single page atau multiple page, JBH pun tiada jawapannya. Terpulang pada anda. Paling penting, pastilan blog kita tersenarai di page pertama di enjin carian seperti google.
Cuba kita lihat web site hotel! Jarang kita jumpa cuma ada satu sahaja page bukan?
JBH pernah bertanya kepada rakan, jawabnya banyak page, "appearance" nampak lebih profesional!
Jadi terpulanglah kepada anda menentukannya.
Persoalan yang timbul, berapa peratuskah appearance ini memberi kesan kepada 'sales' kita?
Susah untuk di ukur kan?
Jika anda mempunyai sebarang cadangan yang ingin dikongsikan sila komen ye.
Semoga bermanfaat.



Comments