Tips Bisnes Homestay Berjaya 61

Kaedah Tambah Page di Blogspot!
Post kali ini adalah sambungan daripada post sebelum ini iaitu Tips Bisnes Homestay Berjaya 59.
Sebelum itu, supaya kita 'align' antara satu sama lain, pastikan anda memilih Template, tema Simple ( Simple theme).
JBH anggap anda semua telah mendaftarkan satu blog di blogger.com.Anda boleh sign in ke blogger.com dengan akaun gmail anda.
Kaedah-kaedah adalah seperti berikut:
1. Sila pilih/klik Dashboard.
Pada paparan ini anda dapat lihat Menu seperti Posts, Pages, Coments,......, Layout, Templates dan Setting.
[rujuk gambar 1]


2. Sila pilih Templates. Paparan seperti [gambar 2] akan kelihatan.
Pastikan untuk templates, anda memilih "Simple" supaya kita 'align' antara satu sama lain. Kalau tidak jadi macam ayam dan itik.


3. Selesai memilih, theme simple, sila pilih/klik menu Pages.
Paparan [gambar 3] akan kelihatan. Sila klik New Page. Namakan page tersebut mengikut keperluan anda. Tutorial imi JBH namakan page tersebut "Galeri". Paparan adalah seperti [gambar 4].
Anda boleh memasukan gambar-gambar atau menulis apa-apa sahaja pada ruangan 'compose'. Kaedahnya sama sahaja dengan membuat 'post' baru.
Sila klik save dan publish ikon.Paparan seperti [gambar 5] akan kelihatan.Tahap sekarang, anda telah berjaya tambah page baharu pada blog anda tetapi ianya masih tidak kelihatan lagi jika anda view blog.





4. Seterusnya, sila pilih Layout. Paparan layout seperti paparan [gambar 6] akan kelihatan. Di sini, anda perlu tambah Gadget pada Cross-Column. Sila klik Add a Gadjet pada layout di bahagian Cross-Column. Paparan seperti [gambar 7] akan kelihatan.



5. Pada paparan ini, sila skrol ke bawah dan cari perkara Pages. Sila klik tanda [ +] untuk configure page list. Paparan baru Configure Page List akan kelihatan [gambar 8]. Di bahagian Pages to show, anda perlu pilih atau "Check" pada Galeri . Anda juga boleh susun page anda dengan 'drag and order' iaitu di bahagian List Order. 
Jangan lupa untuk Save selepas anda berpuas hati dengan susunan page anda.


6. Akhir sekali, sila view blog untuk melihat hasil. Paparan adalah seperti [gambar 9].
Jika anda, ingin menambah page. Sila ulang langkah di atas. Cuma di langkah 4, pada layout Cross-Column anda cuma perlu clik edit dan anda boleh mula susun pages anda mengikut kehendak dan cita rasa anda.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat. Sila komen jika perlu tambah baik.

Comments