Tips Bisnes Homestay Berjaya 56

Hari tanpa tempahan !
Lumrah setiap perniaagaan, ada pasang surutnya. Seperti mana lautan dan sungai ada pasang surutnya,
Fenomena pasang surut air laut atau sungai disebabkan oleh kesan putaran bumi dan tarikan graviti bulan.
Sama juga kehidupan kita bekeluarga, walaupun sentiasa bahagia tetapi kadang-kadang timbul selisih faham. Semuanya adalah untuk mengajar kita akan erti kehidupan.
Ok. Dalam bisnes homestay, tiada tempahan adalah perkara biasa. Ianya banyak bergantung kepada keadaan semasa. Kalau keadaan sekarang, negara kita di landa jerebu kesan pembakaran hutan di indonesia.
Jadi, di hari-hari atau minggu tanpa tempahan ini apa aktiviti patut kita buat?
Jika kita serius dalam perniagaan ini, sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk mengemas kini blog anda.
Tiada blog! Ini adalah masa untuk ujudkan satu. Jangan buang masa. Tidak pandai boleh belajar. Cari lah orang yang boleh memberi tunjuk ajar.
Apa lagi yang boleh di buat?
Oh ye...mengemas homestay. Boleh buat 5S. Selepas 5S, boleh ambil gambar terbaru dan 'update' blog.
Sebelum ini, tidak pandai buat 'editing' gambar. Ingin jadikan gambar lebih menarik, inilah masanya. Anda boleh cuba belajar dan berjinak-jinak dengan Adobe Photoshop.
Sekarang, tiada penghawa dingin! Sebelum ini TIADA MASA UNTUK MEMASANGNYA.
Ini kalilah masanya.
Terlalu banyak aktiviti yang boleh di lakukan sebenarnya. Percayalah apa yang anda lakukan sekarang, pasti membuahkan hasil pada masa hadapan.

Insyaallah. 

Selamat berhujung minggu.

p/s : betul ke sekolah cuti esok?

Comments