Tips Bisnes Homestay Berjaya 150 : Baki sewa homestay!

Baki sewa homestay!
Al kisahnya minggu ini dapat tempahan dari pelanggan lama. Semasa deal tempoh hari pun mudah sahaja.
Mungkin beliau sudah biasa dengan homestay kita dan
cara berurusan.
Proses check in pun mudah. Ikut sahaja cara lama.
Hmmm..
Baki bayaran?
Oleh kerena pelanggan lama dan trusted customer Jbh serahkan kepada beliau sahaja.
Kaedah ambik baki bayaran adalah seperti berikut:
1. Bayar semasa check in
Tetapi kadang-kadang susah untuk berjumpa kerana kekangan masa check in.
Kita pun urus dari jauh sahaja. Jadi banyak bergantung kepada masa pengurus.
Kesimpulannya banyak pelanggan self check in sahaja.
2. Pengurus akan ke homestay sebelah malam selepas beliau pulang dari kerja.
Constrains yang ada kadang-kadang pelanggan tiada di homestay. Kena buat janji temu dahulu. Biasanya Jbh akan beri dan pesan pada pelanngan untuk mesej pengurus jika berada di homestay.
Sejak ada CCTV lagi mudah. Jbh skodeng dari jauh. Lihat samada ada kereta atau tidak di beranda.
He..he...
Lepas tu update kepada pengurus.
Jika tempahan hanya satu malam, biasanya pelanggan jarang di rumah. Check in sekejap lepas tu keluar balik.
Mungkin pergi cari makan, ronda-ronda atau lepak dan bersantai rumah saudara mara, famili dan rakan-rakan.
3. Ambik sebelah pagi selepas pengurus pulnag dari kerja. Kaedah ini agak menggangu pelanggan. Kadang-kadang timing tidak kena, pelanggan seawal jam 8 pagi sudah check out.
4. Pilihan terakhir adalah tinggalkan duit di tempat rahsia. Ha..ha..
Teknik ini dipraktik oleh seorang rakan Jbh. Beliau sudah buat bisnes homestay hampir 5 tahun. Alhamdulillah setakat ini everything is fine.
Maklumlah jarak homestay dengan kediaman beliau agak jauh. Jadi untuk memudahkan tinggalkan sahaja duit dan ambik semasa house keeping. Boleh juga ambik masa check out. Kita kena lah set masa dengan pelanggan.

Pilihlah cara mana pun paling penting pelanggan kita happy.
Jadi untuk pelanggan hari ini, ,malam tadi Jbh mesej untuk buat collection tetapi tiada jawapan balas.
Pagi ini baru berbalas mengatakan tidak perasan mesej masuk. Ronda-ronda dan cari makan.
Tup-tup jam 8.00 am tadi terima satu mesej lagi mengatakan tinggalkan duit tempat biasa.
Hmmm...
Alhamdulillah.
Homestay pun dah siap kemas dan pelanggan baru pun dah check in.
Malam karang kita beraye di taman pulak. Mungkin yang terakhir pada Syawal 1438 bersamaan 22 July 2017.
Sekian. Wassalam.



Anda masih mencari hotel di Kulai atau Homestay di Kulai...

Atau hotel di Johor Baharu, Homestay di Johor Baharu, kawasan Saleng, Senai dan Skudai. Masih belum ketemu yang sesuai.

Apa kata,  anda cuba menginap di homestay kami. Homestay Atiqah terletak di Kulai, sebuah homestay di Kulai, harga yang murah, selesa dan selamat. Kedudukan homestay di Bandar Putra Kulai iaitu taman yang di majukan oleh IOI. Sebuah taman perumahan moden serba lengkap yang berprestij dan moden. Di kelilingi tempat dan restoran makanan halal, kemudahan infraksturuktur yang tip top. Kemudahan trek joging di Hutan Bandar Putra. Juga berhampiran dengan Lapangan Terbang Senai, Shopping Mall JPO, AEON Kulai, Lebuh Raya Second Link untuk ke Singapura dan Bandar Iskandar yang terletak LEGO Malaysia.

Apa tunggu lagi, PM kami sekarang juga.

>>>   www.wasap.my/60197941308>>>>>



Sekian. Terima Kasih.





Comments