Tempahan Jangka Panjang: Mimpi Indah atau Ngeri

Bisnes homestay kadang-kadang ada permintaan untuk sewa lama-lama seperi sebulan, dua bulan, 3 bulan atau 6 bulan dan juga untuk setahun.

Sewaan lama atau jangka masa panjang biasanya ada surat perjanjian. Jika sewaan dalam tempoh seminggu hingga sebulan kebiasaan syarat-syarat di nyatakan di dalam resit rasmi.

Bayaran habis mesti di terima dan deposit perlu di ambik untuk menjaga kepentingan homestay kita.

Ramai yang takut untuk mengambil tempahan jangka masa panjang dan admin pun begitu juga.

Di sini admin ingin berkongsi pengalaman-pengalaman admin mengambil tempahan lama. Coretan ini telah di tulis dalam Page Facebook :

https://www.facebook.com/jombisneshomestay/

Tips bisnes homestay berjaya 37
Sewaan Jangka Panjang!
Sewaan Jangka Panjang iaitu lebih seminggu kita biasanya kita tidak mengenakan kadar yang biasa. Diskaun lebih banyak di berikan.
Berapa kadar, banyak bergantung kepada budi bicara anda sendiri. Bagi JBH, saya lihat kepada'sales'. Purata 'sales seminggu berapa. Sebagai contoh jika sales seminggu RM 450 bagi rate 150/semalam,( kiraan seminggu adalah 5 hari sahaja), jadi kadar sehari adalah RM90.
Jika mengambil kira bil-bil utiliti, mungkin anda boleh mengenakan kadar RM100~ RM 120 bagi tempahan melebihi seminggu ( 7 hari) untuk rumah 3 bilik, 2 bilik air dan mempunyai satu aircond.
Jika sewa selama sebulan, RM100 x 30 = Rm3000.00
Berdasarkan pemerhatian JBH di internet kadar sewaan rumah berperabut penuh adalah dalam lingkungan RM 1800 hingga RM 3200. Ianya bergantung kepada jenis rumah.
Untuk rumah teres dengan 3 bilik dan 2 bilik air dan satu aircond kadar adalah RM 1800 hinnga RM 2500 sebulan.
Jadi berdasarkan penggiraan di atas, kadar yang idea di antara RM 2200 hingga RM2400 sebulan.
Walaupun begitu, ianya masih bergantung kepada budi bicara anda sebagai Tuan Punya homestay.
Satu perkara yang perlu ambik serius, sila pastikan 'BAYARAN PENUH' perlu di jelaskan dahulu sebelum membenarkan mereka menginap di homestay anda.
Dan juga mengambil DEPOSIT KEROSAKAN, KEBERSIHAN (TERMASUK BAU ROKOK) DAN UTILITI. ANGGARAN DARI RM 500-RM700 SUDAH MENCUKUPI.
Sekian. Semoga bermanfaat.

Tips Homestay berjaya 106
Pasca Tempahan Jangka Panjang!
Hampir sepurnama yang lepas JBH telah mengambil satu tempahan jangka panjang dari sebuah syarikat.
Al kisahnya, mereka ingin mengginap selama 21 hari sahaja. Oleh kerana masalah tertentu, projek tertunda. Dari 21 hari ke 27 hari. Selama masa itu, JBH lihat Person In Charge (PIC) agak slow kemas kini status terkini mereka. Maksud JBH ingin sambung atau tidak. Jadi JBH terpaksa jadi proaktif sedikit untuk follow up PIC tersebut. JBH bersangka baik kemungkinan PIC itu tersangat lah sibuk.
Pendek cerita, pada hari Sabtu yang lepas, 15 Oktober mereka check out selepas beberapa kali extend. Bayaran extention period semua clear. Alhamdulillah.
Jadi bermulalah episode house keeping pula. Oleh kerana JBH remote dari jauh, pada kali ini tidak dapat turun padang. Hanya pengurus sahaja yang buat. Laporan house keeping telah JBH terima. Laporan adalah seperti berikut :
1.Tiada kerosakkan pada peralatan elektrik yang lain kecuali TV LCD ( sebelum ini JBH pernah tulis)
2.Cadar, Sarung bantal dan selimut pun tiada kecacatan. Kemungkinan akan berlubang dek terkena api rokok. Tetapi kali ini, alhamdulillah. Cumanya sedikit lunyai. Maklumlah cadar tidak bertukar.
3.Keadaan rumah agak subjektif. Macam biasa bawah katil penuh dengan habuk rokok dan pembalut gula-gula. Selebihnya boleh lihat foto.
4.Sesetenggah pinggan dan cawan di jadikan bekas habuk rokok. Walaupun telah di sediakan bekas habuk rokok yang betul.
5.Tilam lipat bujang ( di homestay ada 3 keping) telah berbau busuk dan hancing.
6.Lantai bilik air agak berdaki. Sudah boleh agak jika hampir sebulan tidak bersental dengan kapasiti penghuni 10 orang lelaki.
7.Singki tersumbat. Penuh minyak melekat pada corong paip. Dulu pun pernah berlaku sekali. Pelik juga, di homestay tidak boleh memasak!!!
8.Penghawa dingin, sejuk sekejap-kejap.
9.Bau rokok satu rumah. Worse case melekat baunya pada langsir-langsir dalam rumah.
Berdasarkan laporan di atas, tilam lipat kena buang. Kena ganti yang baharu.
Bab kebersihan sangat subjektif. Walaupun kita dah gantung signage amaran tentang jaga kebersihan dan merokok di luar rumah, tetapi ianya masih bergantung kepada penghuninya. Kalau kita ada daya, boleh spot check 2 minggu sekali. Mungkin masalah ini akan berkurang sedikit. Dalam kes JBH kerana remote dari jauh, terpaksa terima seadanya.
Untuk pinggan mangkuk dan cawan, rasanya tidak perlu sediakan banyak sangat. Sekadar secukupnya. Jika berlebih perkara sebegini akan berlaku.
Singki yang tersumbat pun agak sukar untuk selesaikan. Cumanya rekaan sesalur paipnya biarlah terus ke longkang luar rumah. Jika berliku-liku mungkin agak susah. Kalau tidak kita akan sering menghadapi masalah ini.
Nampaknya, akan datang kena hacked dinding supaya sesalur paip terus ke longkang luar rumah.
Penghawa dingin!! Hmmm…
Mula pasang pada 1 June 2015. Setakat ni tidak pernah servis lagi. Jika ada kerosakan, indoor unit sudah tamat tempoh jaminannya. Kad jaminan hanya setahun sahaja.
Untuk compressor ( outdoor unit) jaminan untuk horse power kurang 3 HP bagi jenama DAIKIN adalah 5 tahun. Kebiasaannya, jika penghawa dingin tidak sejuk, kipasnya tidak berfungsi. Menurut carian JBH di internet ini adalah fungsi yang betul bagi sesebuah penghawa dingin:
“Operasi normal sebuah aircond ialah apabila kita onkan suis aircond, yang mula2 berfungsi ialah kipas 'blower' pada unit 'indoor' dan selepas beberapa minit barulah 'compressor' di unit 'outdoor' akan berfungsi”.
Just in case aircond makin teruk, no telefon juru servis aircond mesti ada dalam simpanan. Please take note point ini…
Secara kebetulannya, bil elektrik sudah sampai. Dekat RM200.00 jumlah bil. Paling tinggi setakat ini. Pada pendapat JBH, sememangnya penggunaan aircond di tahap maksima pada sebelah malamnya. Mungkin ada hari-hari yang terlupa untuk ‘OFF’kan penghawa dingin.
Kalau penggunaan maksima siang dam malam mungkin akan mencecah dalam Rm400. Pernah berlaku kepada rakan JBH, memberi sewa sebulan semasa bulan Ramadhan.
Bila lah JBH boleh pasang satu sistem yang agak cerdik untuk atasi masalah penggunaan penghawa dingin yang tidak berhemah ini.
Hmmmm…..minta idea please…
Bau rokok…mula-mula buka tingkap dan pintu luas-luas…
Semburlah pewanggi banyak-banyak..
Selepas tu tutup semula. Sebelum meninggalkan rumah, sembur lagi sekali. Selepas sehari dua datang kembali untuk memeriksanya.
Pengalaman JBH, ada kes yang selepas 2 minggu baru hilang bau rokok. Hu..hu..Setiap kali datang periksa kena sembur pewanggi.
This time, harap-harap tidak lah teruk sangat. Hujung minggu depan ada pelanggan baru! For time being, JBH tidak ambik tempahan dahulu.
Masa terdekat ini, ada 3 orang rakan JBH yang ingin memulakkan bisnes homestay. Harap-harap, anda membaca setiap entri yang JBH tulis di sini ya.
Jangan pulak lepas ni kata JBH tak payung.
I wish all of you good luck.
Cumanya nak bagi tahu, bisnes mana yang tiada risiko dan masalah.
JBH tetap bersyukur kerana mengupah pengurus yang cekap dan serba boleh. Paling penting, seperti mana JBH tulis sebelum ini rezeki yang dapat jangan kedekut atau berkira untuk dikongsikan kepada orang yang banyak support bisnes kita.
Sekian.
Wassalam.
Tip bisnes homestay berjaya 225
Study Case: Tempahan dengan kadar Rm 1500/Month!
Acap kali juga terima permintaan dari pelanggan untuk menyewa homestay dengan bajet ketat Rm 1500.
Bilangan tetamu seramai 10 orang.
Secara purata Rm 150 sebulan.
Munasabah atau boleh dipertimbangkan, mari kita sama-sama fikirkan dan lihat fakta ini.
Katakan jika mereka menggunakan tenaga elektrik dan air lebih kurang Rm 300.
Upah major house keeping Rm 200.
Jadi baki tinggal Rm 1000.
Jika kita ambik tempahan biasa dengan kadar homestay Rm150 semalam dan tempahan minimum 2 hari dalam seminggu .
Jumlah pendapatan homestay untuk sebulan adalah Rm 1200. Tolak upah pengurus aka house keeper Rm 200 iaitu Rm 50 untuk setiap tempahan.
Anggaran Bil utiliti untuk sebulan adalah Rm 100. Jadi keuntungan bersih adalah Rm 900.
Perbezaan cuma Rm 100 sahaja (Rm 1000 -Rm 900).
Tempahan jangka panjang juga ada risiko lain iaitu kerosakan.
Tempahan biasa juga ada risiko iaitu tempahan kurang.
Mungkin untuk kurangkan risiko bil utiliti yang tinggi dan kerosakan kita boleh deposit.
Terus terang sememangnya Jbh tidak pernah mengambil tempahan dengan bajet ini.
Mungkin rakan-rakan lain boleh kongsikan pengalaman masing-masing.
Hmmm..
Agak-agak keadaan papan cam ni, putih je hitam akan menang?

Tips bisnes homestay berjaya 209
Pasca Tempahan Panjang!
Selama dua bulan bagi sewa kepada satu syarikat.
Pengalaman pertama sebenarnya!
Sebelum ini paling lama pun sebulan sahaja. Bukan tiada permintaan cuma memang tidak prefer untuk ambik.
Kenapa? Pasal bayaran?
Ada juga faktor bayaran tetapi bukanlah faktor utama.
Takut rumah rosak.
Rumah bersepah.
Bau rokok..
Dan perasaan takut yang lain, contohnya takut menggangu jiran tetangga.
Pelanggan buat bising..
Alamak...kalau takut-takut ni tak payah buat bisnes lah...
Kan...
Awal tahun ni, kuatkan semangat. Nekad untuk ambik tempahan jangka masa panjang.
Jika ada permintaan.
Alhamdulillah rezeki datang, ketika kita betul-betul memerlukan.
Allah maha kaya!
Ketika kita sibuk set up homestay di Kuantan, rezeki homestay di Johor mencurah-curah.
Jadi tidak perlu risaukan ansuran rumah di sana dan urusan check in dan check out.
Apa pun tidak lupa untuk kongsi rezeki dengan rakan-rakan.
Selama dua bulan tempahan, Jbh turun padang sekali sahaja. Mohon kebenaran pelanggan untuk buat house keeping selepas mereka menginap sebulan.
Alhamdulillah..Not bad..
Sental bilik air perkara biasa..
He..he..
Atau mungkin mereka buat house keeping sikit-sikit kerana tuan rumah mau datang..
Ha..ha..
Tetapi yang ajaibnya..memang bebas bau rokok..
Cuba hidu di langsir..memang tidak berbau.
Kiranya, deposit kebersihan dan bau rokok ni kita berkesan juga lah..
Pengurus adalah sikit-sikit bagi maklum balas..
Sebagai owner kita ambik dan cuba untuk educate pelanggan kita.
Mungkin tampal arahan-arahan atau tata cata di dinding.
Untung sabut mereka baca maklumat itu semua.
Kali ini, yang serius hanya singki tersumbat.
Jbh pernah kongsi di blog sebelum ini.
Lain-lain clear.
Pelanggan baru pun sudah selamat check out pagi tadi selepas kosong selama seminggu.
Ok lah..bagi homestay rehat dan bertenang sekejap.
Sekejap..
Ada panggilan masuk..
Hello Encik in SSM ke..?
Bukan.
Tetapi no ni saya ambik di internet...
Bukan.Bukan. Cik kena pergi ke website SSM yang betul..
Tamat perbualan.
Hmmm..
Kenapa eh..bila jadi agen SSM ni...
Ok lah..nak cuba selidik punca macam mana boleh jadi agen "SSM"..
Tata.
Sila LIKE Facebook PAge kami https://www.facebook.com/jombisneshomestay/ untuk mendapat kisah dan pengalaman kami dalam menguruskan homestay secara remote dari jauh dan secara dekat (urus sendiri).


Sekian. Terima Kasih.






Comments