Tips Bisnes Homestay Berjaya 57

Perlu ke tapis pelanggan?
Homestay yang JBH usahakan sekarang menggunakan nama homestay muslim. Jadi sudah tentulah pada gambaran pertama di kotak fikiran kita adalah :
1. Menerima tetamu muslim sahaja
2. Pengusaha adalah muslim
Betul ke tidak ni ?
Jika salah, apa maksudnya ?
Atau terfikir ini..
3. Pengusaha adalah seorang muslim dan tetamu adalah terbuka untuk semua.
Buat masa sekarang ini adalah jawapan (1) dan ( 2) adalah benar untuk homestay yang JBH usahakan.
Akan datang mungkin akan berubah. JBH pun tidak pasti.
Berbalik kepada tajuk. Sebenarnya apa yang JBH ingin kongsikan adalah perlukah kita menapis tetamu yang menginap di homestay kita. Sebagai contoh, jika tempahan daripada syarikat kontraktor binaan, perlu di ambil atau menolaknya.
Kenapa perlu menolak?
Risau atau takut rumah rusak!
Atau perkara-perkara lain yang akan berlaku. JBH sendiri pun tidak pasti sebenarnya.
Terus terang, sehingga sekarang sememangnya JBH tidak pernah mengambil tempahan daripada syarikat kontraktor. Alasannya takut rumah rusak!
Sekali sekala terfikir perkara yang tidak sepatutnya berlaku di sana. Sebagai contoh, penyewa melakukan aktiviti yang boleh mengangu jiran tertangga.
Alasan lain...
Tiada sebab tidak berpengalaman.
Jika anda , mempunyai pengalaman dan cerita yang ingin di kongsikan, sila komen ye.
Baiklah.
Pada post yang lepas, JBH pernah menulis tentang networking. Pada hari ini, seorang rakan JBH telah berkongsi pernah mengambil tempahan daripada kontraktor binaan selama 2 bulan.
Pada sebulan yang pertama keadaan adalah terkawal. Mungkin pada sebulan pertama tetamu yang menginap adalah penyelia, jurutera dan pengurus projek.
Bulan kedua pulak, homestay banyak mengalami kerusakan. Mungkin tetamu terdiri daripada pekerja binaan. Mungkin mereka membawa peralatan binaan ke dalam homestay.
Wallahualam. Allah sahaja yang tahu.
Walau bagaimana pun, semua kerusakan tersebut telah dibayar oleh syarikat tersebut.
Semoga bermanfaat.
p/s : jika anda ingin mengambil tempahan jangka panjang, pastikan ambik deposit.
photo adalah contoh kerusakan yang berlaku ( kredit : Rakan Homestay Bandar Putra)


Comments