Tips Homestay Berjaya 118

Fire Extiguisher!
Pagi ini, rakan sekerja berkongsi mesin basuh terbakar di rumah ibu beliau.
Sebelum masuk tidur, ON kan mesin basuh.
Maklumlah, semasa tidur, biarlah mesin yang berkerja.
Nasib baik ketika itu, anak2 belum tidur. Anak2 melihat cahaya api, lantas terus ke dapur.
Dalam keaadaan panik, dapat juga guna air untuk padam kebakaran.
Alhamdulillah.
Pada masa yang sama, seorang lagi rakan berkongsi cerita Fius di DB terbakar.
Puncanya wallahualam. Banyak keberangkalian.
Cumanya di sini Jbh ingin kongsikan peralatan elektrik lebih baik guna jenama yang sinonim dengan barangannya.
Sebagai contoh, aircond teringat YORK, walaupun telah di beli oleh syarikat lain.
Jika TV pula, boleh dikaitkan dengan SONY.
Sewaktu masa dahulu, jika mesin basuh mesti brand National.
Tak pernah terfikir membeli mesin basuh jenama SAMSUNG.
Sekarang ini, smart phones di monopoli oleh Samsung atau brand I phones.
Hmmm, kalau zaman dahulu Nokia adalah jenama pilihan. Zaman skrin black and White 3310.
Ok. Lagi satu rating fuse di MCB atau MCCB dan seangkatan dengannya pun perlu tahu juga.
32 A, 16 A...dan sebagainya.
Kalau selalu trip, kena periksa. Bukan apa dikhuatiri over loaded.

Kalau nak tulis, panjang lagi. Pendekkan cerita kalau berlaku kebakaran bukan sekadar air yang boleh padamkan kebakaran. Kadang kala makin worst..
Elektrik di kenakan air akan jadi litar pintas. Air adalah semi conductor.
Jadi kesimpulannya, lebih baik sediakan pemadam api kebakaran.
Oppps...di homestay Jbh ada ke...?

Risalah asal : Petikan dari FB Jom Bisnes Homestay


Comments