Tips Homestay Berjaya 119

Sharpen the saw!
Semalam hari agak baik. Hujan cuma sekejap-kejap. Hari ini sekolah sudah mula bercuti di negeri Pahang.
Namun begitu, air dalam longkang, parit dan sungai masih belum surut.
Jadinya penduduk di kawasan rendah masih perlu berjaga-jaga.
Sewaktu rehat tengah hari semalam, sempat Jbh singgah ke pejabat seorang rakan.
Beliau juga pengusaha homestay di Kemaman. Kami bertukar-tukar fikiran dan pengalaman.
Apa orang kata sharpen the saw.
He..he...
Menurut beliau, bulan satu ini sales servis homestay agak slow sedikit.
Untuk bagi semangat, Jbh cakap mungkin events kurang kerana awal tahun. Masing2 sedang merancang. Lagipun CNY hujung bulan ni, jadi semua orang akan tertumpu pada waktu itu.
Saya pun begitu juga tuan. Mengikut pengalaman tahun lepas, situasi pun begini juga untuk homestay saya.
Oooo dan menarik nafas lega tanda dia berpuas hati.
Tuan pernah guna iklan di Google? Kat mana dan bagaimana nak iklan?
Oooo..iklan di Google tidak pernah. Fb ads pernah guna sekali tetapi macam tidak memberi kesan. Mungkin kurang ilmu. Perlu belajar lagi.
Menurut En R, guna FB Ads perlu ada ilmu sedikit. Ada teknik tertentu! Beliau pernah ikut kursus belajar FB Ads.
Ye ke...balas beliau.
Lalu, Jbh menyuruh dia cari dengan menaip Homestay Kemaman.
Jeng,Jeng...
Tersenarai di halaman pertama.
Tak aci ni, kena clearkan dulu Google cookies di komputer terlebih dahulu.
Jbh terus menaip di smart phone.
Tengok ni, tidak tersenarai pun blog tuan di halaman pertama.
Gulp...dia tersengih.
Kawang nak buat yang macam ni lah, yang tertera Ads di hadapang.
Dengan loghat Terengganu dia teruja sangat.
Baiklah. kalau begitu kita cuba buat sama2.
Kalau tidak silap kita boleh iklan di Google Ads Words or Ads Sense. Kawang dah lupa yang mana satu.
Ok, cuba taip Google Ads Sense dahulu.
Oh..tidak. Yang ini untuk kita jana income dengan letak iklan google di web atau blog kita. Kadang2 dengan viralkan link pun kita akan di bayar jika ada orang click dan beli produk atau servis itu.
Ooo...dia angguk2.
Cuba taip Google Ads Words...
Haha..dah jumpa..yang ini le..
Ok. Kita cuba buat sama2.
Kami follow dan fill in the blank ruangan yang di sediakan.
Apa yang penting semasa mengisi adalah keywords.
Enjin carian akan mencari blog anda berdasarkan keywords yang di pilih.
Sesetengah keywords Google bagi cadangan dengan statistik sekali.
Amat menarik!
Selepas itu, kita perlu 3 dekripsi maklumat homestay kita pada 3 ruangan yang berbeza.
Setiap ruangan dihadkan jumlah perkataan.
Jadi kita kena taip perkataan yang pendek, ringkas dan padat.
Jika tidak menepati format, Google akan reject. Kena cuba dan terus mencuba.
Cara paling senang, perhatikan iklan orang lain di Google. Lepas tu ubah dan ubah sehingga berjaya.
Then, kita akan faham format Google.
Akhirnya kami berjaya!
Sebelum beredar, Jbh berpesan pada sahabat..
"Jika ada perubahan terhadap permintaan homestay, tolong update kawang"
Terima kasih En Woha, owner homestay Woha di Kemaman. Semoga kita woha hingga ke syurga.
Boleh share dan like jika bermanfaat.
Sekian.

Nukilan asal dari FB Jom Bisnes Homestay

Comments

Post a Comment