Tips bisnes homestay berjaya 120

Majlis Kahwin Di Homestay!
Semalam telah jadi sejarah buat kita semua. Hari ini adalah realiti. Esok belum pasti apa yang bakal terjadi.
Tanpa sedar, usia kita makin bertambah. Kita semakin hampir untuk meninggalkan alam dunia iaitu penjara bagi orang-orang yang beriman dan bertakwa.
Harga minyak Ron95 naik 20 sen pada 1 Februari iaitu kelmarin.
Kecoh di sana sini.
Harga barangan yang lain akan naik adalah topik perbualan yang paling hangat.
Jika anda ada blog, sila menulis tentang harga petrol di Malaysia.
Insyaallah akan membantu menambah trafik ke blog tuan dan puan.
Pada masa yang sama, azam untuk istiqamah dalam amalan untuk persiapan ke alam akhirat.
Petang semalam, sambil-sambil update blog, satu mesej wasep masuk.
" Assalam encik owner homestay di Merbuk"
"Ya, Apa yang saya boleh bantu"
" Kalau saya sewa homestay encik untuk buat majlis kahwin boleh?"
Jbh termenung sekejap.
Hmmm..
Teringat inquiry begini pernah di bincangkan di platform wasep rakan homestay di Bandar Putra Kulai.
Kalau tidak silap pada bulan lepas.
Apa outcome topik ini Jbh tidak pasti!
Jadi Jbh up balik topik ini di grup wasep kami.
Boleh tahan juga feedback daripada rakan-rakan.
Seorang rakan telah menerima tempahan oleh seorang pelanggan. Kenduri secara kecil-kecilan diadakan di homestay untuk meraikan saudara mara dan sahabat handal yang datang.
Majlis tertutup di dalam rumah sahaja.
Menurut beliau, setelah closing barulah pelanggan menyatakan tujuan menyewa homestay untuk mengadakan kenduri tertutup selepas akad nikah di pejabat agama.
Seorang rakan yang lain pernah mengambil tempahan dari warga Singapura. Majlis pun secara kecil kecilan sahaja.
Untuk kes Jbh ini, pelanggan menyatakan bahawa dia tinggal di rumah pangsa. Jadi ingin mencari rumah bawah untuk adakan majlis kenduri kahwin beliau.
Sudah tentu akan di pasang khemah diluar rumah bukan!
Jalan pasti perlu di tutup. Apa pulak reaksi jiran setaman?
Ini persoalan-persoalan yang perlu diambik kira dan pertimbangkan.
Caj homestay kadar yang sama atau berbeza?
Sampah sarap selepas majlis kenduri macamana?
Kemungkinan rosak peralatan rumah?
Pendek cerita, kena fikir banyak kali dan masak-masak.
Hmm..
Dewasa kini, dengan kekangan yang pelbagai mungkin untuk menyewa dewan tidak mampu.
Jika sewa dewan, tidak perlu sewa khemah lagi.
Mungkin harga sewaan sekarang mahal sangat.
Jbh tiada pengalaman tentang ini. Menurut rakan Jbh, sewaan dewan di Bandar Putra Kulai dalam sekitar Rm 1000.
Sewaan khemah dari Rm 150 hingga Rm 200 bagi khemah yang biasa-biasa sahaja.
Jika menyewa dewan, selepas habis majlis kena pulang ke rumah. Tetapi jika sewa homestay, bilik sudah tersedia.
Mungkin ini adalah faktor yang menyebabkan pelanggan memilih untuk mengadakan majlis kahwin di homestay.
Owner Rumah banglo atau villa memang ada yang menyediakan servis sebegini. Konsep garden wedding.
Atau yang ingin ada permandangan tepian kolam. Santai-santai dan buat BBQ.
Hmmm..esklusif kan...
Tetapi terpulanglah kepada tuan dan puan untuk menerima atau tidak.
Jbh hanya remote dari jauh!
Tak sanggup rasanya menerima rungutan panjang pengurus ketika house keeping nanti.
What say you?
Sekian.
Wallahualam

 Nukilan asal : https://www.facebook.com/jombisneshomestay/

 

Comments