Tips Homestay Berjaya 132

Homestay Vs Rumah Sewa!
Pada pagi ni menemani isteri ke klinik. Tengah tunggu nombor giliran, isteri berkata..
Bang cuba lihat wanita cina tu!
Mana?
Tuu..yang pakai kain pelikat tu...
Oooo..yang itu..kenapa?
Selamba je..Patutnya pakai kain batik.
Ala..apa salahnya..janji pakai kain.
Baik. Berbalik kepada tajuk, semalam Jbh telah menghadiri seminar miliki rumah sewa banyak. Penceramah adalah seorang blogger hartanah iaitu Cik Puan Rohaniah.
Seorang peserta telah mengajukan soalan ini..
Yang mana lebih baik..buat homestay atau rumah sewa?
Hmmm..penceramah adalah pakar hartanah..beliau adalah REN.
Real Estates Negotiator.
Jual beli rumah memang expert. Mencari penyewa pun memang kepakaran beliau.
Bab homestay memang beliau kurang arif tetapi menurut formula sifu homestay beliau..
Jika pendapatan 4 hari sewaan homestay dalam sebulan boleh cover monthly installment, go ahead..
Boleh buat homestay. Baki 4 hari lagi adalah untuk bayar upah house keeping dan bayaran utiliti.
Jika tidak boleh cover, lebih baik buat rumah sewa.
Lantas ada satu soalan lagi muncul..
Jika harga pasaran semasa sewaan paras bawah monthly installment macamana pula. Maklumlah harga rumah sekarang kan mahal. Kos mencanak naik. Tidak pernah turun.
Oooo, kalau gitu boleh tambah perabot untuk naikkan harga sewaan. Boleh guna pakai term semi furnish atau full furnish.
Pokok pangkalnya, pada pendapat JBH lokasi rumah kita itu yang penting. Kalau kena lokasinya memang tiada masalah untuk buat homestay atau rumah sewa.
Cumanya, rumah sewa kerja promosi sekali sekala sahaja. Homestay perlukan promosi yang berterusan.
Pendapatan pula flexible. Jika rumah sewa pendapatan tetap.
Risiko agak tinggi untuk homestay. Tetapi dalam bisnes ini, high risk, high return.
Tepuk dada, tanya akal lah...
He..he...
Abang, Abang...tengok tu...
Apa...?
Comenya baby, cina yang pakai kain pelekat tadi...
Sambil menunding jari kepada wanita kain pelekat yang sedang mendukung baby.



Comments