Tips bisnes homestay berjaya 171


Best Price!

Minggu ini terasa packed dan tied. Terasa masa berlalu terlalu pantas. Minggu berganti minggu dan akhirnya bulan baru menjelma.

Hari ini Ahad 1 Oktober 2017. Semalam 10 Muharam. Bagus untuk berpuasa...
Tetapi ianya berlalu bergitu sahaja..
Hmmm...

Lemahnya iman...

Hari ini keluar outing. Masa berkualiti bersama famili.
Bawa mereka makan-makan dan jalan-jalan. Sambil tu, singgah ke kedai buku mencari bahan rujukan dan latihan untuk anak sebagai persiapan peperiksaan akhir tahun.

Sempat singgah butik baju! Terdengar suara juru jual..jemput masuk encik..semua harga Rm 29 hari ini. Esok kembali Rm 59. Dia menunding jari ke deretan blouse dan jaket denim remaja perempuan.

Hmmm...
Best price ke hari ini?
Terfikir sejenak..mungkin homestay pun boleh buat begini sekali sekala untuk menarik pelanggan.

Teringat petang semalam, terima satu panggilan dari prospek.

Encik owner Homestay Atiqah Kulai ke?
Homestay kosong tak untuk esok petang. Kami mungkin check in dalam jam 6 pm dan berapa best price encik boleh bagi.

Tiba-tiba Jbh tertawa sinis!

Kebetulan isteri terdengar, lantas beliau bertanya kenapa tertawa selepas Jbh menamatkan perbualan.

Kita boleh bincang details dalam wasep tuan!
Atau nak info lanjut boleh layari..
www.homestaymuslimkulaijaya.blogspot.my
atau
www.homestaymuslimkuksijaya.com.

Kadang-kadang pelanggan buat perkiraan mudah!

Check in lewat, Check out awal mesti dapat diskaun banyak.

Jika bukan peak season boleh lah consider bagi diskaun.
Itupun kena lihat dan timbang tara faktor lain juga..
Kos upah pengurus dan juga faktor risiko..

Hmmm..

Biasanya rombongan pengantin selalu aje mohon check out lewat, sesetengah tu tidak pernah bertanya nak kira macam mana.

Mereka ingat, check in lewat misalnya jam 6 petang dan boleh check out lewat sehingga 6 ptg juga.

Tidak pernah sewa hotel ke?

Sewa hotel, meski pun kita check in lewat,    jam 12 tengah hari tetap kena check out kan?

Dan ada ke hotel bagi diskaun?

Kadang-kadang inilah senerio yang kita berdepan..
Hu..hu..

Tetapi sememangnya jika bagi best price pastinya akan mudah close deal.
Ibaratnya jika berlaku kebakaran, dengar loceng kebakaran terus kita cari pintu keluar...

Tak kan lah nak biarkan best price kan..

Ayah, mintak duit nak bayar jaket Denim!

#jombisneshomestay
#tipsbisneshomestay
#homestayatiqahkulai
#homestaymedinakuantan
#bestprice

Comments