Tips bisnes homestay berjaya 186:Value Added Service!

Semenjak ada jaringan homestay, bisnes homestay terasa mudah.
Banyak maklumat yang dikongsikan oleh rakan-rakan.
Pelanggan pun senang untuk cari homestay.
Walaupun homestay kita sudah penuh, kita tetap usahakan cari homestay untuk pelanggan.
Bukan susah sangat pun!
Forward no rakan-rakan dan share no prospek dalam grup wasep.
Kiranya value added service untuk prospek. Tidak rugi mereka hubungi kita, hasil tetap ada.
Kita tolong orang, lain kali giliran mereka pula tolong kita.
Masih teringat seorang prospek tiba di Kulai tengah malam dalam jam 10 malam dari Penang.
Malangnya Jbh tidak dapat menawarkan homestay kerana sudah penuh.
Terus pos di grup wasep.
Setengah jam kemudian, prospek telefon mengucapkan terima kasih kerana homestay sudah dapat.
Datang ke Penang, jangan lupa hubungi saya encik. Pesan beliau sebelum mengakhiri perbualan kami.
Insyaallah.
Saban hari jika pelanggan cari homestay, memang tidak pernah missed untuk kongsikan no telefon mereka di grup wasep.
Hmmm..sekali sekala direct PM rakan yang agak rapat.
Pagi tadi, seorang rakan pula yang PM..passing no prospek.
Bukan setakat passing tetapi siap bagi testimoni.
Tidak sampai setengah jam..deal closed. Alhamdulillah.
Semoga Allah murahkan rezeki yang berpanjangan kepada sahabat Jbh.
Sebentar tadi dengar satu ceramah doa murah rezeki berpanjangan. Boleh amalkan dengan membaca ayat 114 Surah Al Maidah selepas setiap kali solat.
Begitu lah..rantaian rezeki.
Kadang-kadang rezeki kita melalui orang lain.
Ada rezeki kita pada orang lain atau sebaliknya, ada rezeki orang lain pada rezeki kita.
Terima kasih Amz Kulai Homestay kerana payung pelanggan untuk Homestay Atiqah Kulai. Semoga murah rezeki.
Hari ini, satu hari sendawa bau durian.
Malam tadi makan duyan Musang King di Temerloh orang belanja.
Alhamdulillah.
Dengarnya, di Perak menjadi durian tahun ni.
Sekian. Wassalam.



Comments