Tips bisnes homestay berjaya 192: Fully Aircond Lagi !

Tips bisnes homestay berjaya 192
Fully Aircond Lagi !

Pada minggu lepas balik ke Kulai atas urusan kerja hakiki.
Alang-alang cuti sekolah bawa famili bersama.
2 in 1!

Ambil kesempatan berjumpa rakan-rakan lama.

Alhamdulillah, kali ini dapat juga mengeteh dengan rakan homestay.

Seronok sangat dapat berjumpa dengan rakan seperjuangan.
Banyak kisah dan pengalaman dapat dikongsi bersama.

Minggu lepas hari Jumaat public holiday. Permintaan homestay memang banyak.

Talian sangat hot!

Teringat yang perbualan paling menarik..
Walaupun homestay tiada penghawa dingin, kadar semalam boleh mencecah Rm 180 semalam. Kebiasaan Rm 150 semalam.

Biasa lah..guna pakai tiori suply and demand.

Jika kita menempah hotel secara online pun, kadar boleh berubah-ubah.

Baik. Berbalik kepada topik..

Kadang-kadang terima pertanyaan homestay, mencari homestay yang menyediakan penghawa dingin untuk semua bilik.
Seperti mana posting sebelum ini, ianya sangat jarang untuk Jbh.

Dalam sebulan mungkin sekali sahaja menerimaan inquiry begini.

Petang semalam terima lagi.
Rumah berapa bilik encik?
Ada aircond semua ke?

Master bedroom sahaja puan.
Ok lah, saya tanya makcik dahulu.

Terus senyap...!

Jbh tidak kisah pun. Abaikan sahaja permintaan sebegini.

Jika kita masih baru dalam bisnes ini, ianya akan mempengaruhi kita sedikit sebanyak. Mungkin kita akan merancang untuk memasang penghawa dingin lagi untuk semua bilik.

Berdasarkan pengalaman Jbh kita tidak perlu pun menyediakan semua bilik aircond. Kita kena lihat trend semasa. Kemudahan yang ditawarkan oleh pesaing kita.

Tidak berbaloi jika pasang semua bilik dengan penghawa dingin tetapi sales kurang.
Apa taknya, kadar semalam mesti tinggi kan?
Jika maintain harga lama, agak rugi sedikit.

Kos elektrik mesti melambung tinggi.

Lagi satu mesti cuak jika ambik tempahan jangka panjang.

Ya..lah..jika pelanggan tidak menggunakan tenaga elektrik dengan cara berhemah..

Parah beb!

Mungkin kita boleh pasang sistem seperti mana di hotel.

Tetapi masih ada juga kelemahannya.

Bagi Jbh, lebih suka follow ramai-ramai.
Sebagai contoh..

Dalam grup kami, 2/15 homestay menyediakan sekurang-kurangnya 2 bilik penghawa dingin.

2/15 lagi tidak menyediakan penghawa dingin.

Jadi jumlah keseluruhan lebih kurang 26 peratus.

Sebenarnya pakar sudah membuat kajian, berdasarkan statistik..

80 peratus adalah purata, dan 20 peratus lagi adalah bawah dan atas purata.

Ianya juga dikenali peraturan 80/20. Atau lebih spesifik histogram dan "bell shape".

Jbh pula lebih suka mengambil pendekatan purata iaitu majoriti rakan-rakan menyediakan se unit penghawa dingin di bilik utama.

Kadar semalam pun lebih kurang!

Kesimpulannya, kita perlulah lihat keadaan sekeliling kita terlebih dahulu sebelum set up homestay, di khuatiri kita terlebih belanja dan pulangan tidak seberapa.
Kita juga kena "firm" dengan keputusan yang telah di buat.

Pesanan untuk diri sendiri, al maklum dalam proses set up homestay di Kuantan, Pahang.

Ops..rupanya berdekatan dengan Homestay Atiqah Kulai sudah ada " Rumah Terbalik".

Daya tarikan baru di Kulai, Johor dan bagus untuk bisnes homestay.

Sekian. Wassalam.

#tipsbisneshomestay
#homestayatiqahkulai
#homestaymedinakuantan
#jombisneshomestay

Comments